Tuesday, February 11, 2014

Say No to Valentine !

SAY NO TO VALENTINE J
          Dalam mengecapi aspirasi untuk mencipta sebuah negara Islam hadhari tidak semudah membancuh teh dgn mnggunakan dua uncang teh boh segera atau membasuh pakaian mnggunakan mesin basuh automatic singer (singer menawan keluarga bahagia).. hehe .. namun dgn serius sye katakana bahawa matlamat ini lansung tidak dpt digarap sekiranya tiada sinergi drpd rakyat malah segelumit kesedaran dalam atma remaja sarwajagat laa nih. Terasa ironis apabila kita masih berbicara mengenai nasib dan halatuju remaja islam di Malaysia yg alpa dan kurg motivasi diri mnyebabkan islam itu sendiri dpandang ringan dan remeh bg mereka. Subhanallah L… di sini suka utk saya mmbangkitkan isu Hari Valentine dan remaja Islam di Malaysia lantaran sambutan ini bkal menjelang tiba. 3 hari lg nih.. ada yg countdown ker? Hihi.. maka pada hari itu lihat sje di Facebook ramailah muda mudi update status “saya cintakan awk, muahh!” , atau post tweetcon di twitter “semoge cinta kita berkekalan ilal jannah” (uwekk.. *muntah hijau) atau post di Moment pkai Wechat “awk milikku selamanye” (pening2) .. dan SEDARLAH WAHAI ANAK BANGSA YANG BERSTATUS ISLAM! >.< haiyaa~ kita sudah mmpunyai syiar islam yg lengkap dan tak prlu pun kita memplagiat budaya asing ini semua, buka mata jika mnurut pemerhatian kita sendiri ada ke bangsa Korea yg beria-ria nx sambut hari Raya Aidiladha?! (tergamam) ad ker bangsa amerika yang terkinja-kinja tak sabo nak smbut Hari Raya Aidilfitri plop?! Tepuk dada tanye iman.. -_- .. Cuma kita yg mata sudah dkaburi dgn unsure material dan duniawi sehnggakan kita tidak nmpak semua ini.. tidk mngape.. sesungguhnya pintu taubat sntiasa terbuka wat kite.. sesungguhnya Allah itu Maha pemurah lagi Maha Penyanyang <3 mari kita lihat some stories mngenai valentine yg saya dpt dan mngapa kita tidk boleh mnyambutnya.. renung-renungkanlah. Semoga perspektif kita berubah lepas nih dengan pemikiran yang lbih trbuka dan luas.. amen ya rabb .
Valentine dalam bahasa Inggeris atau Valentino dalam bahasa Itali adalah berasal daripada nama sebuah keluarga berbangsa Rom, iaitu Valentinus yang juga berasal daripada bahasa Latin iaitu valens yang bermaksud: kuat, aktif, sihat dan seumpamanya (laman web Behind The Name: The Etemology dand History of First Name).
Menurut sejarah pula, perkataan Valentine diambil sempena nama seorang paderi besar Kristian pada zaman pemerintahan Ratu Isabella dari Sepanyol iaitu Saint Valentine. Jasa beliau yang berjaya menumpaskan kerajaan Islam di Cordova, Sepanyol pada 14 Februari 270 masihi begitu bermakna bagi Ratu Isabella sehingga dianggap sebagai kekasih rakyatnya sendiri.Justeru, 14 Februari disambut setiap tahun oleh rakyat Cordova bagi merayakan kemenangan itu dengan dinamakan hari Valentine.
Pada hakikatnya, apa juga alasan diberikan untuk membolehkan Hari Kekasih disambut terutama oleh golongan muda Islam, Panel Kajian Aqidah (PKA) dan Panel Kajian Syariah (PKS) Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) memutuskan bahawa amalan menyambut Hari Valentine adalah haram dan bertentangan dengan ajaran Islam. Namun, masih ad suara yang menghallkannya kononnya sbgai penghargaan utk kekasih sahaja. Adoyai, jomlah cari hari yang lain dan satu lg diingatkan adakah kekasih anda itu kekasih yang HALAL (mohon sentap). Tiada hubungan yg halal antara lelaki dan perempuan selagi mereka tidk berkahwin okey guys! Heheh..
Ada byk pndapat mngenai Valentine nih antara yg popular ialah berasal dr paderi yang sgt terknal dan masyhur pd ketika itu iaitu Saint Valentino. Dah menjadi adat bdaya mereka apabila dh ber”title” paderi nih jgn haraplah boleh nikah bohh, klau cam kita sama cam ustaz r tp kita halal kahwin (fuhh naye kalau ust haram kahwin, ketor lutut.. haha >.<). Berbalik pd hikayat td, paderi ni sdg syok bercintan-cintun dgn seorg gadis kristian juga dan perkara ini telah mendtgkan marah yg BESAR kpd pihak gereja2 espescially pihak gereja Rom,Italy. Tapi Saint Valentino ni mmg trkenal dgn jasa2 nya yg besar shinggakan dia Berjaya memurtadkan 1 JUTA UMAT ISLAM DI ANDALUS! (Ciss!!) jd pas fikir punya fikir sbagai mmbalas jasa mereka (pihak gereja) bersetuju la utk memberi paderi itu kahwin pd 14 Februari.(tarikh valentine tuh ya,, harap maklum.)
Pendapat kedua pula, hari itu brmula apabila pemerintahan empayar Rom mnetapkan 14 Februari sbgai hari cuti orang Juno. Ratu kpd Dewa dan Dewi Rom. Pada hari berikutnya, 15 Februari brmula pesta Lupercalia iaitu perayaan tradisional msyrkt Rom. Pada malam tuh nama gadis Rom dcatat di sebuah kertas dan dmasukkan dlm bekaslalu main cabut2 undi gituh cam cabutan bertuah r (haha..) dan nama yg trpilih akn mnjadi pasgnnya spnjg mlm trsebut.
Pendapat ketiga pula menyatakan pada 14 Februari 270 masihi, St Valentine dibunuh kerana pertelingkahannya dengan Raja Romawi yang diperintah oleh Raja Claudius II (268-270 masihi). Pada waktu itu Raja Claudius membatalkan semua perkahwinan dan pertunangan kerana Rom banyak terbabit dalam peperangan.Menyedari hakikat itu, St Valentine dan St Marius mengahwinkan orang Kristian dengan pasangan mereka secara rahsia. Akibat perbuatan itu, St Valentine ditangkap dan diheret, yang akhirnya dihukum belantan sehingga mati serta dipenggal kepalanya pada 14 Februari tahun 270 masihi. Bagi memperingatinya sebagai simbol ketabahan, keberanian dan kepasrahan dalam menghadapi cubaan hidup, maka 14 Februari dijadikan sebagai hari memperingati kematian St Valentine sebagai upacara keagamaan.
HAH! Dapatkah kau lihat wahai sahabat2 ku yg mulia lg comel~ haha.. artikel sekadar perkongsian utk kita bersama dan jika trsalah silp mohon diampunkan. Bukan nx tunjuk belang atau pandai ttp utk kebaikan kita bersama J in sha Allah.. Arab Saudi dh lame mngharamkannya, Yaman, Iran juga walaupun ad segelintir yg msih degil namun Malaysia? Fikir2 kanlah.. mari kita sama2 mngubahnya.. seorg mukmin adlh cermin kpd mukmin2 yg lain.. Allah ad memberitahu Rasul supa memberitahu kita bahawa umat Islam ramai yg tlh rosak dan duduk dlm api nerka antara sbb nya adlh syirik kpd Allah dgn mnyertai perayaan kaum lain. Subhanallah! Semoga org yg bace nih tdk trgolong dlm golongan tersebut .. amen.. baiklah saye akhiri warkah yg mgkin tak sberapa ini dgn lafaz yg mulia wassalam. Fi amanillah wa jazakallah~  J
Firman Allah yang bermaksud:
“Katakanlah (wahai Muhammad): Hai orang kafir. Aku tidak akan menyembah apa yang kamu sembah dan kamu tidak mahu menyembah (Allah) apa yang aku sembah. Dan aku tidak akan beribadat secara kamu beribadat dan kamu pula tidak mahu beribadat dan secara aku beribadat. Bagi kamu agama kamu, dan bagi aku agamaku.” (Surah al-Kafirun, ayat 1-6)
sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:
“Sesiapa yang mengamalkan perkara yang bukan daripada amalan kami maka ia akan ditolak.” (Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim)

*I AM MALAYSIAN AND I AM ARE PROUD TO BE MUSLIM - Dhamiri


No comments:

Post a Comment