SABAR
PENYULUH GELITA KEHIDUPAN
Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum wahai saudara
pmbaca yg mulia. Pada era urbanisasi ini, di mana dewasa diperkemaskan dengan
teknologi dan kemudahan yang memudahkan perjalanan khidupan, remaja disajikan
dengan hiburan dan kemodenan yang melalaikan dan menyeronokkan, dan kanak-kanak
mula diasuh dengan pendekatan yg longgar dan bebas sehinggakan ramai insane
marcapada ini yang apabila dicampakkan sedikit ujian atau bencana sudah mula
menagih dadah, mngamalkan seks bebas atau lebih teruk sbgai penyelesaian segala
permasalahan iaitu dgn memilih jalan utk meninggalkan dunia yg penuh dgn
cabaran ini dgn mnmatkan riwayatnya dgn mmbunuh diri subhanallah.. kononnya
segala langkah ini mmpu mnyelesaikan masalah dan lari dr sgala tekanan yg
melanda namun sebenarnya sgt terpesong dr tuntutan agama dan unsur kemanusiaan.
Mengapa kita mesti kalah kepada masalah atau dugaan yg dihadapi sedangkan
kedua-duanya tidak boleh lari dan sering terikat dlam kehidupan. Wahai akhi
mahupun ukhti yang mmbaca warkah ini, di sini ana suka utk memnggil antum semua
utk kembali sedar dan percaya bahawa segala permasalahan yg melanda bukanlah
penamat segalanya dan bukanlah sebagai satu bencana, malapetaka, atau kerosakan
semata, namun hanya secebis ujian yg kecil di atas muka bumi Allah S.W.T ini.. J semuanya mampu dtangani
dengan hati yg terbuka dan akan kita bincangkan menerusi warkah yg tak seberapa
ini in sha Allah.
Sebelum kita hendak menangani masalah wajarlah bg kita
utk mengenali bentuk dan sifat masalah trsebut tamsilnya seorang sekumpulan
askar yg ingin berperang mestilah menyiasat segala latar belakang atau tindak
tanduk pihak lawan supaya mampu utk memenangi pertempuran trsebut. Jadi masalah
mngikut kamus DBP didefinisikan sbgai suatu situasi yg haru diselesaikan.
Beralih pandangan kea rah pendefinisian merujuk kepada Cambridge Dictionary
pula masalah dlm bahasa inggeris ialah problem dan problem dtakrifkan sbgai “a
situation, person, or thing that needs to be deal with or solved”. Bahasa arab
pula disebut sbgai musykilah.
Baiklah, ada pelbagai bentuk masalah yg boleh kita hadapi
drpd masalah yg berskala kecil hinggalah masalah yg berskala besar sehingga
mampu member impak yg sgt besar buat diri seseorang, masyarakat, Negara mahupun
dunia! Namun semua itu brgantung kpd kaedah atau cara kita mngendalikan emosi
yg dhadapi saat kita mengalami peristiwa trsebut. Kadang kala masalah yg kecil
mampu mndatangkan kesan yg sgt mendalam buat diri sendiri maka tidak salah ada
bidalan yang mengatakan bahawa, “sometimes the littlest thing in life is the
hardest to take. You can sit on a mountain more comfortably tan on a tack.
Betul juga tu bah! Haha.. mana ada yang sanggu duduk atas paku ana lagi rela
duduk seharian atas gunung berbanding duduk atas paku selama seminit. Jangan
pernah biarkan emosi mnuasai diri kerana apabila ada masalah kita sering
disediakan dengan dua jalan utama (cam lebuhraya r >.< hihi) iaitu jalan utk mnghadapinya
dgn cara yang baik safe and steady atau cara yang mampu memberikan kesan yg
negative kpd diri. Jika emosi mulai mengawal diri atau dikatakan sebgai
“penawanan emosi” menerusi buku “Emotional Intelligence” yang dikarang oleh
David Goleman, sebahagian besar kita akan memilih jalan utk member kesan yg
negatif kpd diri berbanding dgn yg jalan yg satu lg. Relax brother relax~~
setiap masalah boleh diselesaikan, just hadapi dgn tenang dan senjata atau kata
kunci utama di sini ialah KESABARAN. Sifat sabar itu amat penting dlam
kehidupan did ala Al-Quran sndiri ad mnyatakan bahawa, “sesungguhnya Allah
bersama org yg sabar”. Sabar merupakan suatu sifat yg sgt indah dan sukar
ditakrif, sabar merupakan satu banteng yg sgt kukuh dan kebal yg hanya mampu
dipunyai oleh seseorang yg berjiwa adiwira J
bagaimana utk menggarap nilai kesabaran ini dalam diri? Apa yg penting di sini
ialah jaga hubungan kita dengan Allah dan ustaz ana selalu berpesan utk jgn
tinggalkan solat tahjjud dan ana rasa tahjjud itu merupakan salah satu pengasah
bg kesabaran lantaran tahajjud itu sendiri mampu melahirkan seorang insan yg
berjiwa besar dan hebat. Tindak balas seorang yg beriman dgn sebarang masalah
sgt berbeza bkan sahaja kerana sabar malah satu sikap lain yg akan dibacarakan
pada perenggan yg berikutnya.
“Butakanlah
matamu terhadap selain-Nya sehingga engkau tidak melihat apa-apa selain-Nya –
tiada sesuatu yang wujud, tidak ada kerugian, tidak ada keuntungan, tidak ada
anugerah, dan tidak ada penahanan atas anugerah.” – Syeikh Abdul Qadir
al-Jilani.
Wahai saudara dan saudari pembaca yang dirahmati Allah, sikap yg mungkin ad bg seseorang yg beriman ini ialah husnuzzon (bersangka baik). Kita seyogianya sentiasa bersangka baik dan positif terutamanya terhadap qada dan qadr Allah S.W.T kerana Allah adalah sebaik-baik perancang dan siapalah kita yg ingin mempersoalkannya. Sentiasa memndang sesuatu itu dgn nilai yg positif dgn meninjau segala aspek kebarangkalian yg akan berlaku atau efek-efek yg akan mendatang atau sedg dialami dan in sha Allah jika Berjaya perkara ini akan membuatkan kita tersenyum kembali dan dapat menghadapi semua ini dengan penuh redha dan taqwa. Senaraikan segala kesan positif yg terhasil drpd setiap masalah dan renung-renungkan agar segala masalah berat yg dipikul mampu dikendong dengan satu jari sahaja J
(INPUT: MASALAH) ---------> (PROSES: TAAKUL) ---------> (OUTPUT:KESAN YG POSTIF)
5
KG
1 KG
*segala
yg berat pasti menjadi ringan jika kita pandai mengatur strategi ;)
Seterusnya, masalah juga sgt
berpotensi utk ditangani dgn doa dan usaha kita sendiri. Jangan mnyesali dgn
doa yg tidak dimakbulkan sebaliknya teruskan berdoa kerana Allah itu Maha
Pemurah Lagi Maha Mengasihani. Sesungguhnya doa itu boleh diibaratkan sebagai
pedang setiap muslim kerana itu menjadi kekuatan dan kelbihan kita sebgai umat
islam. Jangan pernah malas utk meminta
kepada Allah kerana perkara itu hanya akan memakan diri sendiri. Pernah tak
saudara atau saudari mendengar mengenai DUIT sebagai penyelesai segala masalah
dan rahsia kejayaan? Haa.. rasanya kata kunci ni sudah diketahui oleh para
pembaca ataupun mungkin ada segelintir yang miss dengan istilah tersebut, tidak
mngapa d sini ana akan membertahu semula apa yg dmaksudkan dengan DUIT itu yg sgt dperlukan oleh
seseorang itu. Adakah itu kuih? Wang kertas itu? Atau sejenis alat permainan
kanak-kanak zaman moden ni? Haha.. DUIT itu bererti :D- DOA, U- USAHA,
I-IKHTIAR, T-TAWAKKAL . ramai yang mungkin sudah berdoa, berusaha, berikhtiar
tapi ada pula yg tertinggal nilai tawakkal itu. Haa.. pastikan semua ini cukup
dan sempurana dan hadapilah segala masalah anda dengan penuh senyuman.
Akhir sekali, tajdid semula
niat kita dengan cara jgn lah mengejar kemewahan dunia demi mencapai tuntutan
material semata tapi semua itu mestikan disertakan dengan niat yg murni kerana
Allah, keluarga, bangsa dan Negara. Berusaha bersungguh-sungguh untuk meraih
kekayaan, kemuliaan, dan kehormatan dalam hidup merupakan perkara yang baik,
tetapi jgn smpai semua itu melalaikan kita drpd usaha meraih kemuliaan yg lebih
besar lg dlam kehidupan yg berikutnya (akhirat) . baiklah smpai di sini sahaja
penulisan warkah dari ana buat masa ini kerana hari sudah lewat malam dan ana
ingin bangun awal pada hari esok. Hihi.. ingatlah wahai saudaraku bahwa segala
masalah mampu dihadapi dgn sempurna jika kita tahu bagaimana caranya. Carilah
sahabat kanti anada, atau keluarga anda, atau paling mudah ambil air wudu’ dan
buka lah lebaran al-Quran dan membacanya atau tunaikan solat dua rakaat. Apabila
diri kita ditimpa masalah ingatlah bahwa kita tidap pernah sesekali
keseorangan, jika tiada ahli kerluarga berada di smping, atau teman
seperjuangan berada di sisi, atau pasangan hidup yg bertakhta di hati tidak
berada di saat kita mghadapi kesukaran, ingatlah! Bahawa Allah sentiasa bersama
kita :D segala puji bagi Allah Tuhan semester alam. Baiklah, nantikan warkah yg
seterusnya dr ana di lain waktu sekiranya umur ana masih lg panjang. Fi
amanillah wa jazakallah. Assalmualaikum.
FIRMAN
ALLAH S.W.T. :
Dan
sungguh kami akan berikan cubaan kepadamu, dengan sedikit ketakutan, kelaparan,
kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. Dan berikanlah berita gembira kepada
orang-orang yang sabar. (al-Baqarah 2:155)
KHALIL GIBRAN BERSYAIR :
Could you keep your heart in wonder at the daily miracles
of your life,
Your pain would not seem less wonderous than your joy,
And you would accept the seasons of your heart,
Even as you have always accepted the seasons that pass
over you fields.
And you would watch with serenity through the wnters of
your grief.
“DAN
APALAH SANGAT UJIAN YANG MENIMPA KITA JIKA DIBANDINGKAN DENGAN NIKMAT YANG
TELAH KITA TERIMA DARIPADA ALLAH YANG MAHA KUASA. TIMBULKAN RASA MALUMU KERANA
KITA SEMEMANGNYA MANUSIA YANG TIDAK TAHU BERSYUKUR. FIKIR-FIKIRKANLAH DAN
UBAHLAH.” -DHAMIRI