Thursday, February 13, 2014

SABAR PENYULUH GELITA KEHIDUPAN

SABAR PENYULUH GELITA KEHIDUPAN
Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum wahai saudara pmbaca yg mulia. Pada era urbanisasi ini, di mana dewasa diperkemaskan dengan teknologi dan kemudahan yang memudahkan perjalanan khidupan, remaja disajikan dengan hiburan dan kemodenan yang melalaikan dan menyeronokkan, dan kanak-kanak mula diasuh dengan pendekatan yg longgar dan bebas sehinggakan ramai insane marcapada ini yang apabila dicampakkan sedikit ujian atau bencana sudah mula menagih dadah, mngamalkan seks bebas atau lebih teruk sbgai penyelesaian segala permasalahan iaitu dgn memilih jalan utk meninggalkan dunia yg penuh dgn cabaran ini dgn mnmatkan riwayatnya dgn mmbunuh diri subhanallah.. kononnya segala langkah ini mmpu mnyelesaikan masalah dan lari dr sgala tekanan yg melanda namun sebenarnya sgt terpesong dr tuntutan agama dan unsur kemanusiaan. Mengapa kita mesti kalah kepada masalah atau dugaan yg dihadapi sedangkan kedua-duanya tidak boleh lari dan sering terikat dlam kehidupan. Wahai akhi mahupun ukhti yang mmbaca warkah ini, di sini ana suka utk memnggil antum semua utk kembali sedar dan percaya bahawa segala permasalahan yg melanda bukanlah penamat segalanya dan bukanlah sebagai satu bencana, malapetaka, atau kerosakan semata, namun hanya secebis ujian yg kecil di atas muka bumi Allah S.W.T ini.. J semuanya mampu dtangani dengan hati yg terbuka dan akan kita bincangkan menerusi warkah yg tak seberapa ini in sha Allah.
Sebelum kita hendak menangani masalah wajarlah bg kita utk mengenali bentuk dan sifat masalah trsebut tamsilnya seorang sekumpulan askar yg ingin berperang mestilah menyiasat segala latar belakang atau tindak tanduk pihak lawan supaya mampu utk memenangi pertempuran trsebut. Jadi masalah mngikut kamus DBP didefinisikan sbgai suatu situasi yg haru diselesaikan. Beralih pandangan kea rah pendefinisian merujuk kepada Cambridge Dictionary pula masalah dlm bahasa inggeris ialah problem dan problem dtakrifkan sbgai “a situation, person, or thing that needs to be deal with or solved”. Bahasa arab pula disebut sbgai musykilah.
Baiklah, ada pelbagai bentuk masalah yg boleh kita hadapi drpd masalah yg berskala kecil hinggalah masalah yg berskala besar sehingga mampu member impak yg sgt besar buat diri seseorang, masyarakat, Negara mahupun dunia! Namun semua itu brgantung kpd kaedah atau cara kita mngendalikan emosi yg dhadapi saat kita mengalami peristiwa trsebut. Kadang kala masalah yg kecil mampu mndatangkan kesan yg sgt mendalam buat diri sendiri maka tidak salah ada bidalan yang mengatakan bahawa, “sometimes the littlest thing in life is the hardest to take. You can sit on a mountain more comfortably tan on a tack. Betul juga tu bah! Haha.. mana ada yang sanggu duduk atas paku ana lagi rela duduk seharian atas gunung berbanding duduk atas paku selama seminit. Jangan pernah biarkan emosi mnuasai diri kerana apabila ada masalah kita sering disediakan dengan dua jalan utama (cam lebuhraya r  >.< hihi) iaitu jalan utk mnghadapinya dgn cara yang baik safe and steady atau cara yang mampu memberikan kesan yg negative kpd diri. Jika emosi mulai mengawal diri atau dikatakan sebgai “penawanan emosi” menerusi buku “Emotional Intelligence” yang dikarang oleh David Goleman, sebahagian besar kita akan memilih jalan utk member kesan yg negatif kpd diri berbanding dgn yg jalan yg satu lg. Relax brother relax~~ setiap masalah boleh diselesaikan, just hadapi dgn tenang dan senjata atau kata kunci utama di sini ialah KESABARAN. Sifat sabar itu amat penting dlam kehidupan did ala Al-Quran sndiri ad mnyatakan bahawa, “sesungguhnya Allah bersama org yg sabar”. Sabar merupakan suatu sifat yg sgt indah dan sukar ditakrif, sabar merupakan satu banteng yg sgt kukuh dan kebal yg hanya mampu dipunyai oleh seseorang yg berjiwa adiwira J bagaimana utk menggarap nilai kesabaran ini dalam diri? Apa yg penting di sini ialah jaga hubungan kita dengan Allah dan ustaz ana selalu berpesan utk jgn tinggalkan solat tahjjud dan ana rasa tahjjud itu merupakan salah satu pengasah bg kesabaran lantaran tahajjud itu sendiri mampu melahirkan seorang insan yg berjiwa besar dan hebat. Tindak balas seorang yg beriman dgn sebarang masalah sgt berbeza bkan sahaja kerana sabar malah satu sikap lain yg akan dibacarakan pada perenggan yg berikutnya.
“Butakanlah matamu terhadap selain-Nya sehingga engkau tidak melihat apa-apa selain-Nya – tiada sesuatu yang wujud, tidak ada kerugian, tidak ada keuntungan, tidak ada anugerah, dan tidak ada penahanan atas anugerah.” – Syeikh Abdul Qadir al-Jilani.

Wahai saudara dan saudari pembaca yang dirahmati Allah, sikap yg mungkin ad bg seseorang yg beriman ini ialah husnuzzon (bersangka baik). Kita seyogianya sentiasa bersangka baik dan positif terutamanya terhadap qada dan qadr Allah S.W.T kerana Allah adalah sebaik-baik perancang dan siapalah kita yg ingin mempersoalkannya. Sentiasa memndang sesuatu itu dgn nilai yg positif dgn meninjau segala aspek kebarangkalian yg akan berlaku atau efek-efek yg akan mendatang atau sedg dialami dan in sha Allah jika Berjaya perkara ini akan membuatkan kita tersenyum kembali dan dapat menghadapi semua ini dengan penuh redha dan taqwa.  Senaraikan segala kesan positif yg terhasil drpd setiap masalah dan renung-renungkan agar segala masalah berat yg dipikul mampu dikendong dengan satu jari sahaja J



 (INPUT: MASALAH) ---------> (PROSES: TAAKUL) ---------> (OUTPUT:KESAN YG POSTIF)


5 KG                                                                                                      1 KG
*segala yg berat pasti menjadi ringan jika kita pandai mengatur strategi ;)

Seterusnya, masalah juga sgt berpotensi utk ditangani dgn doa dan usaha kita sendiri. Jangan mnyesali dgn doa yg tidak dimakbulkan sebaliknya teruskan berdoa kerana Allah itu Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani. Sesungguhnya doa itu boleh diibaratkan sebagai pedang setiap muslim kerana itu menjadi kekuatan dan kelbihan kita sebgai umat islam.  Jangan pernah malas utk meminta kepada Allah kerana perkara itu hanya akan memakan diri sendiri. Pernah tak saudara atau saudari mendengar mengenai DUIT sebagai penyelesai segala masalah dan rahsia kejayaan? Haa.. rasanya kata kunci ni sudah diketahui oleh para pembaca ataupun mungkin ada segelintir yang miss dengan istilah tersebut, tidak mngapa d sini ana akan membertahu semula apa yg dmaksudkan  dengan DUIT itu yg sgt dperlukan oleh seseorang itu. Adakah itu kuih? Wang kertas itu? Atau sejenis alat permainan kanak-kanak zaman moden ni? Haha.. DUIT itu bererti :D- DOA, U- USAHA, I-IKHTIAR, T-TAWAKKAL . ramai yang mungkin sudah berdoa, berusaha, berikhtiar tapi ada pula yg tertinggal nilai tawakkal itu. Haa.. pastikan semua ini cukup dan sempurana dan hadapilah segala masalah anda dengan penuh senyuman.
Akhir sekali, tajdid semula niat kita dengan cara jgn lah mengejar kemewahan dunia demi mencapai tuntutan material semata tapi semua itu mestikan disertakan dengan niat yg murni kerana Allah, keluarga, bangsa dan Negara. Berusaha bersungguh-sungguh untuk meraih kekayaan, kemuliaan, dan kehormatan dalam hidup merupakan perkara yang baik, tetapi jgn smpai semua itu melalaikan kita drpd usaha meraih kemuliaan yg lebih besar lg dlam kehidupan yg berikutnya (akhirat) . baiklah smpai di sini sahaja penulisan warkah dari ana buat masa ini kerana hari sudah lewat malam dan ana ingin bangun awal pada hari esok. Hihi.. ingatlah wahai saudaraku bahwa segala masalah mampu dihadapi dgn sempurna jika kita tahu bagaimana caranya. Carilah sahabat kanti anada, atau keluarga anda, atau paling mudah ambil air wudu’ dan buka lah lebaran al-Quran dan membacanya atau tunaikan solat dua rakaat. Apabila diri kita ditimpa masalah ingatlah bahwa kita tidap pernah sesekali keseorangan, jika tiada ahli kerluarga berada di smping, atau teman seperjuangan berada di sisi, atau pasangan hidup yg bertakhta di hati tidak berada di saat kita mghadapi kesukaran, ingatlah! Bahawa Allah sentiasa bersama kita :D segala puji bagi Allah Tuhan semester alam. Baiklah, nantikan warkah yg seterusnya dr ana di lain waktu sekiranya umur ana masih lg panjang. Fi amanillah wa jazakallah. Assalmualaikum.
FIRMAN ALLAH S.W.T. :
Dan sungguh kami akan berikan cubaan kepadamu, dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. Dan berikanlah berita gembira kepada orang-orang yang sabar. (al-Baqarah 2:155)
KHALIL GIBRAN BERSYAIR :
Could you keep your heart in wonder at the daily miracles of your life,
Your pain would not seem less wonderous than your joy,
And you would accept the seasons of your heart,
Even as you have always accepted the seasons that pass over you fields.
And you would watch with serenity through the wnters of your grief.


“DAN APALAH SANGAT UJIAN YANG MENIMPA KITA JIKA DIBANDINGKAN DENGAN NIKMAT YANG TELAH KITA TERIMA DARIPADA ALLAH YANG MAHA KUASA. TIMBULKAN RASA MALUMU KERANA KITA SEMEMANGNYA MANUSIA YANG TIDAK TAHU BERSYUKUR. FIKIR-FIKIRKANLAH DAN UBAHLAH.” -DHAMIRI

Tuesday, February 11, 2014

Say No to Valentine !

SAY NO TO VALENTINE J
          Dalam mengecapi aspirasi untuk mencipta sebuah negara Islam hadhari tidak semudah membancuh teh dgn mnggunakan dua uncang teh boh segera atau membasuh pakaian mnggunakan mesin basuh automatic singer (singer menawan keluarga bahagia).. hehe .. namun dgn serius sye katakana bahawa matlamat ini lansung tidak dpt digarap sekiranya tiada sinergi drpd rakyat malah segelumit kesedaran dalam atma remaja sarwajagat laa nih. Terasa ironis apabila kita masih berbicara mengenai nasib dan halatuju remaja islam di Malaysia yg alpa dan kurg motivasi diri mnyebabkan islam itu sendiri dpandang ringan dan remeh bg mereka. Subhanallah L… di sini suka utk saya mmbangkitkan isu Hari Valentine dan remaja Islam di Malaysia lantaran sambutan ini bkal menjelang tiba. 3 hari lg nih.. ada yg countdown ker? Hihi.. maka pada hari itu lihat sje di Facebook ramailah muda mudi update status “saya cintakan awk, muahh!” , atau post tweetcon di twitter “semoge cinta kita berkekalan ilal jannah” (uwekk.. *muntah hijau) atau post di Moment pkai Wechat “awk milikku selamanye” (pening2) .. dan SEDARLAH WAHAI ANAK BANGSA YANG BERSTATUS ISLAM! >.< haiyaa~ kita sudah mmpunyai syiar islam yg lengkap dan tak prlu pun kita memplagiat budaya asing ini semua, buka mata jika mnurut pemerhatian kita sendiri ada ke bangsa Korea yg beria-ria nx sambut hari Raya Aidiladha?! (tergamam) ad ker bangsa amerika yang terkinja-kinja tak sabo nak smbut Hari Raya Aidilfitri plop?! Tepuk dada tanye iman.. -_- .. Cuma kita yg mata sudah dkaburi dgn unsure material dan duniawi sehnggakan kita tidak nmpak semua ini.. tidk mngape.. sesungguhnya pintu taubat sntiasa terbuka wat kite.. sesungguhnya Allah itu Maha pemurah lagi Maha Penyanyang <3 mari kita lihat some stories mngenai valentine yg saya dpt dan mngapa kita tidk boleh mnyambutnya.. renung-renungkanlah. Semoga perspektif kita berubah lepas nih dengan pemikiran yang lbih trbuka dan luas.. amen ya rabb .
Valentine dalam bahasa Inggeris atau Valentino dalam bahasa Itali adalah berasal daripada nama sebuah keluarga berbangsa Rom, iaitu Valentinus yang juga berasal daripada bahasa Latin iaitu valens yang bermaksud: kuat, aktif, sihat dan seumpamanya (laman web Behind The Name: The Etemology dand History of First Name).
Menurut sejarah pula, perkataan Valentine diambil sempena nama seorang paderi besar Kristian pada zaman pemerintahan Ratu Isabella dari Sepanyol iaitu Saint Valentine. Jasa beliau yang berjaya menumpaskan kerajaan Islam di Cordova, Sepanyol pada 14 Februari 270 masihi begitu bermakna bagi Ratu Isabella sehingga dianggap sebagai kekasih rakyatnya sendiri.Justeru, 14 Februari disambut setiap tahun oleh rakyat Cordova bagi merayakan kemenangan itu dengan dinamakan hari Valentine.
Pada hakikatnya, apa juga alasan diberikan untuk membolehkan Hari Kekasih disambut terutama oleh golongan muda Islam, Panel Kajian Aqidah (PKA) dan Panel Kajian Syariah (PKS) Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) memutuskan bahawa amalan menyambut Hari Valentine adalah haram dan bertentangan dengan ajaran Islam. Namun, masih ad suara yang menghallkannya kononnya sbgai penghargaan utk kekasih sahaja. Adoyai, jomlah cari hari yang lain dan satu lg diingatkan adakah kekasih anda itu kekasih yang HALAL (mohon sentap). Tiada hubungan yg halal antara lelaki dan perempuan selagi mereka tidk berkahwin okey guys! Heheh..
Ada byk pndapat mngenai Valentine nih antara yg popular ialah berasal dr paderi yang sgt terknal dan masyhur pd ketika itu iaitu Saint Valentino. Dah menjadi adat bdaya mereka apabila dh ber”title” paderi nih jgn haraplah boleh nikah bohh, klau cam kita sama cam ustaz r tp kita halal kahwin (fuhh naye kalau ust haram kahwin, ketor lutut.. haha >.<). Berbalik pd hikayat td, paderi ni sdg syok bercintan-cintun dgn seorg gadis kristian juga dan perkara ini telah mendtgkan marah yg BESAR kpd pihak gereja2 espescially pihak gereja Rom,Italy. Tapi Saint Valentino ni mmg trkenal dgn jasa2 nya yg besar shinggakan dia Berjaya memurtadkan 1 JUTA UMAT ISLAM DI ANDALUS! (Ciss!!) jd pas fikir punya fikir sbagai mmbalas jasa mereka (pihak gereja) bersetuju la utk memberi paderi itu kahwin pd 14 Februari.(tarikh valentine tuh ya,, harap maklum.)
Pendapat kedua pula, hari itu brmula apabila pemerintahan empayar Rom mnetapkan 14 Februari sbgai hari cuti orang Juno. Ratu kpd Dewa dan Dewi Rom. Pada hari berikutnya, 15 Februari brmula pesta Lupercalia iaitu perayaan tradisional msyrkt Rom. Pada malam tuh nama gadis Rom dcatat di sebuah kertas dan dmasukkan dlm bekaslalu main cabut2 undi gituh cam cabutan bertuah r (haha..) dan nama yg trpilih akn mnjadi pasgnnya spnjg mlm trsebut.
Pendapat ketiga pula menyatakan pada 14 Februari 270 masihi, St Valentine dibunuh kerana pertelingkahannya dengan Raja Romawi yang diperintah oleh Raja Claudius II (268-270 masihi). Pada waktu itu Raja Claudius membatalkan semua perkahwinan dan pertunangan kerana Rom banyak terbabit dalam peperangan.Menyedari hakikat itu, St Valentine dan St Marius mengahwinkan orang Kristian dengan pasangan mereka secara rahsia. Akibat perbuatan itu, St Valentine ditangkap dan diheret, yang akhirnya dihukum belantan sehingga mati serta dipenggal kepalanya pada 14 Februari tahun 270 masihi. Bagi memperingatinya sebagai simbol ketabahan, keberanian dan kepasrahan dalam menghadapi cubaan hidup, maka 14 Februari dijadikan sebagai hari memperingati kematian St Valentine sebagai upacara keagamaan.
HAH! Dapatkah kau lihat wahai sahabat2 ku yg mulia lg comel~ haha.. artikel sekadar perkongsian utk kita bersama dan jika trsalah silp mohon diampunkan. Bukan nx tunjuk belang atau pandai ttp utk kebaikan kita bersama J in sha Allah.. Arab Saudi dh lame mngharamkannya, Yaman, Iran juga walaupun ad segelintir yg msih degil namun Malaysia? Fikir2 kanlah.. mari kita sama2 mngubahnya.. seorg mukmin adlh cermin kpd mukmin2 yg lain.. Allah ad memberitahu Rasul supa memberitahu kita bahawa umat Islam ramai yg tlh rosak dan duduk dlm api nerka antara sbb nya adlh syirik kpd Allah dgn mnyertai perayaan kaum lain. Subhanallah! Semoga org yg bace nih tdk trgolong dlm golongan tersebut .. amen.. baiklah saye akhiri warkah yg mgkin tak sberapa ini dgn lafaz yg mulia wassalam. Fi amanillah wa jazakallah~  J
Firman Allah yang bermaksud:
“Katakanlah (wahai Muhammad): Hai orang kafir. Aku tidak akan menyembah apa yang kamu sembah dan kamu tidak mahu menyembah (Allah) apa yang aku sembah. Dan aku tidak akan beribadat secara kamu beribadat dan kamu pula tidak mahu beribadat dan secara aku beribadat. Bagi kamu agama kamu, dan bagi aku agamaku.” (Surah al-Kafirun, ayat 1-6)
sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:
“Sesiapa yang mengamalkan perkara yang bukan daripada amalan kami maka ia akan ditolak.” (Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim)

*I AM MALAYSIAN AND I AM ARE PROUD TO BE MUSLIM - Dhamiri